Happy Eid everyone!
Assalamualaikum, brothers and sisters. Happy eid mubarak to all. Hopefully we have pass the tests in Ramadan with flying colours and are blessed in the coming Syawal. Amin.
It’s becoming more concerning to me that I noticed many Muslims that do not really appreciate the gift that Allah give special to the ummah of Prophet Muhammad SAW, that is Ramadan and all the barakah in it. I’m afraid that many of them are the ones described by Rasulullah SAW, mafhum: So many that fast, but only gain hunger and thirst. Nauzubillah.
So, this Syawal, I call to all Muslims to caress the oppurtunity Allah is giving us in the remaining time of our lives. Don’t forget to live up sunnah Rasulullah SAW. Let us fast for another 6 days in Syawal for whoever fast a full month in Ramadan and another 6 in Syawal will gain reward as if he/she has fast for a whole year. Subhanallah.
Ya Allah, my words are to remind myself especially and my fellow Muslim brothers and sisters. Please bless us and forgive us for sins we have commited with or without knowing for You are the All-Forgiving. Amin.
Wallahu’alam.
KISAH NABI ISA DENGAN IBUNYA MARYAM
Dalam Misykaatul Anwaari menerangkan bahawa Nabi Isa a.s. telah
berkata kepada ibunya Maryam : “Sesunguhnya ini adalah kampung
yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung
yang kekal, oleh itu marilah ibu bersama saya?”.
Setelah Nabi Isa a.s. berkata demikian pada ibunya maka
berangkatlah Nabi Isa a.s. bersama dengan ibunya menuju ke
Gunung Lebanon, apabila sampai di gunung tersebut maka Nabi Isa
bersama ibunya berpuasa pada siang hari dan mendirikan solat
pada malam hari. Makanan mereka terdiri dari pohon kayu dan
meminum air hujan.
Setelah sekian lama Nabi Isa a.s. dan ibunya Maryam tinggal di
Gunung Lebanon maka suatu hari Nabi Isa a.s. turun dari gunung
untuk mencari daun kayu untuk berbuka puasa untuk mereka berdua.
Setelah Nabi Isa a.s. turun maka datanglah malaikat maut
menghampiri Maryam dengan berkata : “Assalamualaiki ya Maryam,
orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan
mengerjakan solat pada malam hari”.
Sebaik sahaja Maryam melihat orang yang memberi salam itu maka
berkata Maryam : “Siapakah kamu ini? badan dan seluruh
anggotaku menggeletar dan rasa takut pula apabila mendengar
suaramu!?”.
Kemudian Malaikat Maut berkata : “Aku adalah malaikat yang tidak
mempunyai belas kasihan kepada sesiapun baik dia anak kecil,
orang tua, atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut
nyawa”.
Mendengar akan penjelasan dari Malaikat Maut itu maka Maryam
berkata : “Wahai Malaikat Maut, adakah kedatangan kamu ini untuk
menziarah aku atau untuk mencabut nyawa aku?”
Lalu berkata Malaikat Maut : “Wahai Maryam, kedatangan aku
adalah untuk mencabut rohmu”.
Apabila Maryam mengetahui bahawa Malaikat Maut datang untuk
mencabut nyawanya maka berkata Maryam : “Wahai Malaikat Maut,
apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku pulang,kerana dia yang menjadi buah indah mataku, yang menjadi anak kasih sayangku, yang menjadi buah hatiku, yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”.
Malaikat Maut pun menjelaskan perintahnya dengan berkata : “Wahai
Maryam, sebenarnya aku tidak diperintahkan menurut perintah kamu,
aku ini hanyalah hamba yang diperintah”.
“Dan demi Allah aku tidak akan mencabut nyawa walaupun seekor
nyamuk kalau aku tidak diperintahkan, sesungguhnya aku telah
diperintahkan oleh Allah SWT supaya aku tidak mensia-siakan
walau satu saat pun untuk mencabut rohmu ditempat ini”.
Setelah Maryam mendengar penjelasan dari Malaikat Maut maka
dengan hati yang ikhlas Maryam berkata : “Wahai Malaikat Maut,
kamu telah menerima perintah Allah SWT, oleh itu kamu
laksanakanlah perintah itu dengan segera”.
Malaikat Maut mendekati Maryam dan mencabut rohnya, kebetulan
pula di masa itu Nabi Isa a.s. lambat pulang, beliau pulang
apabila waktu Isyak yang akhir, setelah Nabi Isa a.s. naik ke
atas gunung dengan membawa bekalan untuk berbuka puasa maka
beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat, Nabi Isa a.s.
menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Maka beliau pun
meletakkan daun-daun yang dibawa untuk berbuka puasa dan
meletakkannya dekat ibunya lalu beliau berdiri menghadap Kiblat.
Setelah sekian lama maka beliau pun memanggil ibunya :
“Assalamualaiki ya ibu, waktu malam telah tiba dan orang yang
berpuasa telah berbuka dan telah berdiri orang yang beribadah,
mengapa ibu tidak beribadah kepada Tuhan Yang Maha Pengasih?”.
Nabi Isa a.s. menyangka ibunya sedang tidur lalu beliau berkata :
“Sesungguhnya dalam tidur itu terdapat kelazatan?” .
Nabi Isa memandang ke tempat ibunya dan didapatinya ibunya
tidak makan apa-apa walaupun 2/3 malam telah berlalu.
Nabi Isa a.s. memanggil lagi ibunya : “Assalamualaiki Yaa
Ummaahu?” Oleh kerana hari telah menjelang fajar maka ibunya
tidak bangun lagi maka beliau pun menghampiri ibunya, lalu
beliau meletakkan pipinya pada pipi ibunya dan meletakkan mulutnya
pada pipi ibunya dengan menangis yang kuat beliau berkata :
“Assalamualaiki yaa Ummaahu, malam telah berlalu dan fajar telah
menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah
di wajibkan oleh Tuhan Yang Maha Pengasih”.
Setelah Nabi Isa a.s. berkata demikian maka menangislah para
malaikat di langit dan para jin yang berada di sekitarnya dan
bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah SWT wahyukan
kepada para malaikat yang bermaksud : “Apakah yang menyebabkan
kamu semua menangis”?.
Maka berkata para malaikat : “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”.
Lalu Allah SWT wahyukan lagi yang bermaksud : “Sesungguhnya Aku
Maha Mengetahui dan Aku Maha kasih Sayang”.
Setelah itu dgn tiba-tiba kedengaran satu suara yang berbunyi :
“Wahai Isa a.s. , angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu itu
telah meninggal dunia dan Allah SWT telah melipatgandakan pahalamu.
Sebaik sahaja Nabi isa a.s. mendengar suara tersebut maka baginda
pun mengangkat kepala sambil menangis lalu berkata : “Siapakah
yang akan menjadi temanku di waktu aku sunyi dan di waktu aku
menangis, dan dengan siapakah dapat aku ajak berkata-kata, dan
siapa pula yang dapat membantu aku dalam ibadahku?”.
Kemudian Allah SWT mewahyukan pada gunung yang bermaksud : “Wahai gunung, nasihatilah Rohku (Isa a.s.)”. Setelah gunung menerima wahyu maka berkatalah gunung : “Wahai
Roh Allah (Isa a.s.) apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu
mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?”
Setelah Nabi Isa a.s. mendengar kata-kata gunung maka turunlah
beliau ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil, maka berkata
nabi Isa a.s. : “Assalamualaikum yaa Bani Israil”.
Apabila kaum Bani Israil melihat ada orang memberi salam maka
mereka pun berkata : “Siapakah kamu ini wahai hamba Allah?
Cantik sekali wajahmu dan telah menyinari rumah-rumah kami”.
Lalu Nabi Isa a.s. berkata : “Aku adalah Isa a.s., ibuku telah
meninggal dunia, oleh itu tolonglah aku untuk memandi,
mengafankan dan memakamkan ibuku”.
Maka berkata kaum Bani Israil : “Wahai Isa a.s., di atas gunung
itu terlampau banyak ular yang besar-besar dan bermacam-macam
ular yang belum pernah kami lihat dan tidak pernah dilalui oleh
para orang tua kami dan nenek moyang kami sejak 300 tahun”.
Setelah Nabi isa a.s. mendapati bahawa mereka tidak mahu
menolongnya maka baginda pun naik semula ke atas gunung. Sebaik
sahaja baginda naik, maka baginda terpandang ada dua pemuda
yang sangat cantik rupa parasnya. Lalu Nabi Isa a.s. memberi
salam dan dibalas salam oleh kedua pemuda itu.
Kemudian Nabi Isa a.s. berkata : “Wahai pemuda, sesungguhnya
ibuku telah meninggal dunia. Oleh itu aku mohon kepada kamu
berdua supaya dapat menolong aku untuk menguruskannya”.
Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu : “Aku ini sebenarnya
adalah Malaikat Mikail dan sahabat saya yang satu lagi ialah
malaikat Jibril”.
Kemudian Malaikat Mikail mengeluarkan barang-barang yang
dibawanya dengan berkata : “Ini adalah ubat tubuh dan kain kafan
dari Tuhanmu. dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari
syurga untuk memandi dan mengafankan ibumu”.
Setelah Malaikat Mikail berkata demikian maka Malaikat Jibril pun
menggali kubur di atas gunung itu. Setelah selesai segala kerja
memandi dan mengafan dilakukan oleh para bidadari, dan setelah
selesai di solatkan maka mereka bertiga pun mengebumikan dalam
kubur.
Setelah selesai maka Nabi Isa a.s. un berdoa kepada Allah SWT :
“Ya Allah, sesungguhya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau
mendengar kata-kataku dan tidak sedikitpun urusanku yang
bersembunyi bagi Engkau, ibuku telah meninggal dunia sedang aku
tidak menyaksikannya di waktu ia wafat. Oleh itu izinkan dia
berkata sesuatu kepadaku”.
Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa a.s. yang bermaksud :
“Sesungguhnya Aku telah memberi izin kepadanya”.
Setelah Nabi Isa a.s. menerima wahyu dari Allah SWT maka baginda
pun pergi kekubur ibunya lalu berkata : “Assalamualaiki ya ibu,
bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu
dan bagaimana pula kedatangan Tuhanmu (Tuhanku)?”
Berkata ibunya : “Tempat pembaringanku adalah sebaik-baik tempat
pembaringan, dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat
kembali, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa
dia telah menerimaku dengan rela”.
Berkata Nabi Isa a.s. : “Wahai ibu bagaimana rasa sakitnya ketika
mati?”.
Berkata ibu Nabi Isa a.s. : “Demi Allah yang telah mengutusmu
sebagai Nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang rasa pedihnya
mati, demikian juga dengan rupa Malakat Maut belum lagi hilang
dari pandangan mataku. Alaikas salam wahai kasih sayangku sampai
hari kiamat”.
Oleh: Muhammad Tajul Azham Bin Abdullah
Saff, Solid Structure
Bismillah. Assalamualaikum everyone. Firstly, I wishing selamat hari raya aidil fitri to all. Myself, as a humble slave of Allah ask for forgiveness from all that I might have wronged or hurt in anyway, whether it was on purpose or not. And don’t worry, I’ve forgiven all that might wronged me, insyaAllah, as I am merely a slave, not worthy of holding grudges nor to be unforgiving.
Okay people, let me ask you this, why do our government keep on promoting unity day after day, year after year, elections after elections? It is an issue that will never keep itself quiet as long as we live in a multiracial country. As a matter of fact, as long as we live with other people, in a society, we need to be united. Who dare to say that only one kind of race living together can live in harmony? No, without unity, they can’t. Sometimes Malays fight Malays, Chinese fight Chinese and Indians fight among Indians. That’s why unity is a must-have issue in any campaigns of any parties in any elections.
I strongly agree with the action taken by the government to unite students. They are (we are) the buds of a growing tree, trying to succeed after the mature leaves fall gracefully to the ground. If only a few buds grow into leaves, yes, the tree might still be there, but it will be a slender sad tree with few leaves here and there but not a bushy healthy-looking tree. But, if the buds grow together into leaves, the tree becomes bushy, flowers bloom, fruits are produced, isn’t it better?

Surah As-Saff tells much about unity. It’s a Surah that really affected me. In the fourth verse,
“Lo! Allah loveth them who battle for His cause in ranks, as if they were a solid structure.” (As-Saff: 4)
Allah cherishes those who unite (especially for Allah’s Ad-Din) as if they were a building hard to penetrate, a solid structure. We, as Muslims are even more vital to unite among ourselves as we have faith (iman) in our souls. The faith ties bonds stronger if we have pure faith to Allah. Why do we see that our brother and sisters fight each other? They are even Muslims! We should see this as a test to them from Allah to see if they are truly a Muslim with pure faith or not as those who have pure faith and understandings about Islam, should understand clearly that unity is a must for us. Mafhum hadith (wallahu’alam), two people who fight with each other, their deeds (amalan) are not accepted until they reach peace among themselves. Just imagine, our 5 times a day prayer is not granted as ‘amal soleh’ as long as we are in a fight with other Muslim. Nauzubillah.
If we go around history, we can see that our beloved Prophet, Muhammad SAW takes unity seriously. We can see in the ‘Piagam Madinah’ stated that the people of Madinah should unite and protect it from threats from outsiders. Back in those days, they were Muslims, Jews, and Arabs living together. Much like our nation, Malaysia in today’s world. We live in a multiracial, multi-religion, multi-traditions country. Multi-everything. Why don’t we learn from our exemplar, the best one ever?
Easier said than done. But it’s not impossible. People in every level should take this matter seriously and contribute to the success of the unity of the people of our country. As for us students, should really try to mingle and make friends and not choose friends. Try to form a multiracial group for group assignments etc. A basic way to make friends is to smile. So, smile and make friends. Cooperate and unite. Help build our nation. Don’t satisfy the people who envy us and try to ruin our good relationships. Wallahu’alam.
**This a post i copied from my own post in an online forum. the topic is about promoting unity among students.
Ask Huda
Assalamualaikum everyone. I would like to share to all about this tv programme i just recently found out about. I watched it on YouTube. The panel is Dr. Muhammad Salah. He is one of the well-know scholars in US. He lead the Islamic Center of Victoria, Texas and founded two Islamic and Arabic schools, Namely Iman Stems and the Muslim Generation. He is the presenter of Ask Huda, one of the most well-known Fatawa programs broadcast at Huda TV. He works as the religious supervisor of Huda TV.
I found the tv show very helpful. From the smallest and simplest thing to larger and more complex matter concerning our beloved religion, Islam. Like did you know that we can’t hang Quranic verses for decoration, protection and blessings? Okay2, relax everybody. Let me explain to you what I’ve understood. Firstly, you can’t hang it up as a part of decorations in your house since Quran is descend to Prophet Muhammad SAW for us to recite, learn, make use as a guide, not decorations. Second of all, we can’t hang it up with the intention to make it as a protection from devil etc for our house. It’s somewhat similar to use them as talismans. Yes, they are in fact Quranic verses, but you don’t really benefit from it just by hanging it up now, would you? Lastly, you should not hang it up expecting to get blessings from Allah. You will get blessings if you recite it, practice it and learn from it. According to Dr. Muhammad Salah, some of the scholars said that you can hang them up if you have the intention to make them as a reminder. In which, every time you see it, you will recite it. But like he said, very few of us have that kind of intentions and few who does practice it. So, let us straighten our niat (intentions) and learn, learn and continuously learn the true meaning of our pure, peaceful religion, Islam. Wallahu’alam.
p/s: If I made mistakes on explaining, do correct me. Syukran. 
Mengejar Muttaqin…
Fatima meyucikan diri dengan basuhan wudhu’. Dia terfikir sendiri. Kalimah hamdalah membasahi lidahnya. Dia teringat akan kalamullah Tuhan semesta alam, “sebahagian kamu menjadi ujian kepada sebahagian yang lain. ” Baru sekejap tadi sahabatnya pulang selepas ‘kelas mengaji’ mereka. Sayangnya kepada sahabatku seorang ini. ‘Dirinya menjadi lubuk pahala dan yang paling penting, lubuk keredhaanMu, ya Allah.’, fikirnya lagi.
Khairina, insan yang tidak terfikir dek akal Fatima akan menjadi antara sahabat karibnya. Khairina, yang mungkin kebanyakan orang melihatnya sebagai seorang yang kasar, ‘laser’ mulutnya, kecoh orangnya, tetapi daripada pandangan mata Fatima, dia ‘nampak’ diri Khairina yang lain.
Keberaniannya, ketegasannya, kecerdikannya mengingatkan Fatima kepada Al-Faruq, Sayidina ‘Umar Al-Khattab. Alangkah baiknya jika segala kelebihannya dapat digunakan untuk kemajuan Islam. Sebagaimana setelah Islamnya ‘Umar, Islam bertambah kuat. Ya Allah, bantulah diriku mengislahkan Srikandi ‘Umar Mu ini.
“Fatima? Jom. Akak nak pegi bilik Fatima. Akak nak ngaji ni.” kata Khairina. “Erm, ok lah kak. Jom. Akak nak solat dulu ke?” tanya Khairina. “A’ahla. Baru ingat, kita tak solat Isya’ lagi. Erm, tak pela. Sekejap je kan ngaji?” “Erm, yela kak. Masukla. Dudukla dulu. Ana nak pegi toilet jap. Tumpah pulak milo ni.”
‘Alhamdulillah, Kau benarkan juga diriku untuk membantu sahabatku ini ya Allah’ getus hati Fatima sebelum memulakan majlis. “Ok lah, kita mulakan dulu majlis kita dengan Al-Fatihah.” Rancang Fatima untuk menghabiskan 10 muka surat dalam bacaan iqra’ dengan Khairina. ‘Erm, lebih baik ana ajar dia sikit-sikit dulu. Dia masih keliru dengan huruf-huruf ni.’ Fikir Fatima sendiri. “Tak pela kak. Kita habiskan sampai huruf kho jela hari ni ya? InsyaAllah kita ulang lagi esok huruf jim, ha dan kho ok? Sampai lancar.” “Dah habis dah? Yay! Terima kasih Fatima!” Riang hati Khairina. “Fatima? Besok kita nak pegi library pukul berapa? Pukul 9 la eh? Kita cari surat khabar tentang isu bakar Quran tu. Nak kena present pulak next week.”, komennya lagi. “Erm, yela kak. InsyaAllah. Terima kasih kak.” “Terima kasih Fatima. Balik dulu ya?” Fatima mengiringi tetamunya hingga ke muka pintu. Seboleh-bolehnya dia ingin melayani setiap tetamu yang berkunjung ke biliknya itu dengan sebaik-baiknya. Kerana dia tahu, tetamu yang keluar dari rumah kita akan membawa keluar dosa-dosa kecil dari rumah apabila dia keluar. Subhanallah. Betapa pemurahnya dan penyayangnya Allah. Mudah untuk menghapuskan dosa.
**********************************************************************************************************
“Assalamualaikum.” Fatima menyahut panggilan telefon bimbitnya. Pelik rasanya dengan panggilan dari muslimin ini. Dia mula rasa tidak sedap hati dengan banyaknya dia berurusan dengan muslimin yang satu ini. Fatima adalah seorang muslimah yang jarang sekali bercakap dengan muslimin. Kalau ada pun, hanya atas urusan kerja. Tiada salam semasa bertembung, tiada senyuman tika pandangan mata bertaut, sebaliknya ditundukkan pandangan. Dirinya sudah terbiasa dengan tarbiah dari kalamullah yang menyebut tentang tundukkan sebahagian pandanganmu. Tiada juga sms bertanya khabar mahupun kiriman mesej hari raya apatah lagi hari lahir. Baginya, adalah lebih baik dia mencegah dirinya daripada terlalu rapat dengan muslimin lantas menimbulkan zina hati. Fatima khuatir di dalam zaman fitnah ini, dirinya ataupun muslimin-muslimin tidak dapat menjaga hati masing-masing dari zina yang halus ini. “Waalaikumsalam. Fatima? Maaf ya menggangu. Kimi nak minta tolong sikit ni. Ingat tak hari tu Kimi ada minta tolong Fatima buatkan poster untuk kelas tajwid kat Kolej C? Maaflah menyusahkan. Tapi, Kimi betul-betul tak cukup kakitangan ni.” Fatima agak terhutang budi dengan muslimin ini kerana telah banyak membantunya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai editor majalah kolej dan kerja-kerja dakwah yang lain. “Erm, takpe Kimi. InsyaAllah ana boleh tolong.” “Minta tolong sangat eh? Terima kasih Fatima.”, minta Hakimi dengan bersungguh-sungguh. “Assalamualaikum.” Lekas Fatima menamatkan panggilan. Bukannya tidak hormat kepada ‘amirnya dalam organisasi tetapi cuba dia untuk mengelakkan fitnah bagi dirinya dan Hakimi.
**************************************************
“Fatima. Bleh jmpe ble fre nti. Ada nk minta tlg ckit. Esk pg atau ble2. Bleh ke” Termenung sekejap Fatima memerhatikan mesej yang diterimanya. “Salam. Minta tlg apa ya, Kimi?” Setelah beberapa ketika barulah Fatima membalas mesej Hakimi. Ditunggu juga balasan mesej dari Hakimi tapi tiada balasan yang diterima. Fatima membiarkan sahaja handphonenya dicas di atas meja belajarnya. Diteruskan lagi menyikat rambutnya. Tersenyum dia melihat dirinya di dalam cermin seraya terus membaca doa melihat cermin di dalam hati. Tersenyumnya dia bukan kerana kagum atau ujub terhadap kecantikan dirinya. Tersenyumnya Fatima sendirian kerana teringatkan Rasulullah SAW yang dirinduinya. Rambut Nabi junjungan yang hitam ikal mayang. ‘Rasulullah suka sikat rambut dia. Dengan minyak. ‘ Teringat dia akan kata-kata sahabat seperjuangan yang amat dikasihinya, Fadiah. Disampaikan selawat dan salam ke atas Baginda SAW dalam hatinya sambil terus tersenyum.
******************************************************
Sir Amiruddin atau lebih selesa dipanggil dengan nama Sir Amir sibuk menerangkan tentang assignment kedua yang perlu dibuat oleh para pelajarnya. Terkadang dia terganggu dengan pelajarnya yang bercakap-cakap dan tidak menumpukan perhatian kepadanya. “Are you listening?” soalnya. “Yes!”, para pelajarnya menjawab seakan-akan budak sekolah rendah. Selesai dia membuat penerangan, Sir Amir dan para pelajarnya menikmati kuih raya dan pelbagai makanan yang dibawa oleh pelajar untuk jamuan kecil hari raya kelasnya itu. “I just got your message. And by the way, I also got your mail.” Sir Amir memberitahu Fatima. Fatima seorang pelajar yang disenangi oleh Sir Amir kerana kefasihannya berbahasa Inggeris. Fatima yang merupakan seorang pelajar yang agak pendiam apabila berada dalam kalangan masyarakat dan kurang bercakap apabila bersama dengan sahabat-sahabatnya. Semenjak kelas pertama Bahasa Inggeris semester itu, ramai di antara rakan sekelasnya yang terkedu dengan kefasihannya berbahasa Inggeris. Suatu stereotaip – muslimat bertudung labuh yang pendiam, tidak berkebolehan berbahasa Inggeris. ‘Alhamdulillah, walaupun ana bukan dari famili yang berbahasa Inggeris, Allah kurniakan ana nikmat kefasihan berbahasa Inggeris dengan mudah. InsyaAllah, akan ana gunakan nikmat Allah ni sebaik-baiknya dalam meninggikan martabat Islam yang tercinta.’ Teringat Fatima kepada responnya kepada seorang muslimin yang memuji kebolehannya itu.
“Oh, sorry sir. I sometimes just send mails to all my contacts. So I guess, that’s why you’re included.” “No, it’s okay. It’s good and thanks. You know, I even printed out your mail and hung it in the office for everyone to read.” “Oh, okay then. So, I can send more of those to you next time?” Tanya Fatima. Kalimah hamdalah terdetik di hati. Bersyukur dia kerana Allah membukakan pintu hidayah untuk lecturernya itu. “Yeah, sure, sure. I’m not very Islamic as you think I might be, you know. But since I’m getting married, so I guess I have to be religious, then.” Fatima hanya tersenyum. Diteruskannya membaca nota slide Biology nya. Fatima berpuasa sunat pada hari itu. Dia menyertai sahabatnya Intisar mengulangkaji subjek tersebut sebagai persediaan untuk ujian kedua mereka semester itu.
****************************************************
Aku bimbang, khuatir dan risau…
Wahai mata, janganlah kau memandang yang haram
Kerana aku bimbang kau tak akan dapat melihat Rasulullah SAW di akhirat kelak
Aku bimbang kau tak akan dapat melihat Allah SWT kelak
Nauzubillah
Wahai telinga, janganlah kau mendengarkan perkara-perkara yang haram
Kerana aku khuatir kau tak akan dapat mendengar lembut bicara Rasulmu
Aku khuatir kau tak akan dapat mendengar suara Rabbmu
Nauzubillah
Wahai lidah, janganlah kau berbicara yang sia-sia
Aku bimbang Nabimu tidak dapat mendengar butir perkataanmu
Aku khuatir Penciptamu tidak mahu mendengar bicaramu
Nauzubillah
Wahai kaki, tangan dan seluruh anggota
Janganlah kau berbuat maksiat
Berlaku zalim kepada dirimu sendiri
Wahai hati, raja tubuh pinjaman ini
Janganlah engkau biar dirimu terlalai
Aku risau tenteramu akan mengikutimu
Aku risau mereka terlalai keranamu
Jangan kau lupa selawat dan salam
Jangan kau melupai takbir, tahmid dan hamdalah
Supaya dirimu tidak mendapat murka Allah, laknat Rasulullah
Nauzubillah
Hatiku tertawan kepada dua lelaki…
Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam hidup ana ini, ana sangat terpengaruh dengan kehadiran dua lelaki ini. Biarlah ana ceritakan satu persatu asbab kepada tertawannya hati ana kepada kedua-dua lelaki ini.
Muslimin yang pertama ini telah membuatkan ana jatuh cinta kepadanya kerana cinta terpendamnya kepada ana. Dan murninya cinta dia kepada ana, walaupun belum pernah lagi bertemu dengan ana. Dia sedih mengenangkan kematian hanya kerana sedih andainya tidak dapat bertemu dengan ana di masa akan datang.
Tiada lelaki yang lebih sempurna akhlaknya yang ana pernah ketahui melainkan dia. Sentiasa baik kepada sesiapa sahaja baik di waktu senang mahupun susah. Tidak pernah meninggikan suara, menegur dengan baik sekiranya ada perkara yang tidak disukainya. Mendoakan orang walaupun yang telah menyakitinya dan sentiasa berhusnudzon terhadap semua orang. Seyuman lekat di bibirnya walau ketika dia sihat, sakit, sedih. Orangnya zuhud, sangat bersyukur kepada segala nikmat yang dikurnia Illahi walaupun ada di antara kita yang memandang remeh nikmat-nikmat di sekeliling kita. Solat malam menjadi kegemarannya, dan dengan senang hati berpuasa sekiranya tiada makanan yang disediakan untuknya. Muslimin ini sangat penyayang. Walaupun terkadang ana lupa kepadanya, terlupa kepada nasihat dan larangannya, dia tetap merindui dan mencintai ana serta sentiasa berdoa yang terbaik untuk kehidupan ana dunia dan akhirat. Kanak-kanak disayangi, orang tua dihormati. Subhanallah, kalau nak diceritakan semuanya rasanya tak dapat ana ungkapkan kerana semakin rasa diri ana ni tak layak untuk bertemu dengannya. Malu rasa diri ini dengan kewarakannya, cintanya, akhlaknya. Tak setanding diri ini denganmu.
Muslimin kedua ini ana sangat menghormatinya. Timbul bibit cinta dan kasih sayang kepadanya dek kerana ungkapan cintanya melalui seluruh tubuhnya kecuali lisannya. Tiada ungkapan kasih daripadanya yang ana pernah terima. Namun, dari sikap prihatinnya, pelaksanaan tanggungjawabnya, ana tahu dia sangat menyayangi ana. Dia seorang yang bewibawa, amir dalam organisasinya. Walaupun dia tidaklah sewarak muslimin yang pertama, tapi sifatnya yang lain tidak kurangnya menawan hati ana. Alhamdulillah, dia dikurniakan dengan nikmat harta, dan dia tidak lokek untuk berkongsi dengan kerabatnya. Kasihnya dia kepada kanak-kanak dapat jelas ana lihat. Solat sunat walaupun jarang ditunaikan namun, solat fardhu tidak pernah dia tinggalkan dan selalu dipentingkannya.
Hmm.. Hati duhai hati. Yang mana satu pilihanmu sebenarnya? Pilihan pertama ana adalah muslimin yang pertama dan jika mustahil perkara itu bagi ana, maka ana berdoa kepada Allah supaya ana dipertemukan dengan yang serupa atau lebih baik dari muslimin yang kedua.
Siapakah kedua-dua muslimin ini sebenarnya? Muslimin, mu’allim yang pertama tadi tak lain adalah manusia yang ana paling cintai. Namanya Muhammad bin Abdullah. Rasulullah SAW yang ana sentiasa rindui. Cinta dan kasih-sayang serta rindunya bukan hanya kepada ana, malah kepada seluruh makhluk terutama umatnya. Baginda SAW bersedih mengenangkan kematian kerana tidak dapat Baginda berjumpa dengan umatnya yang hidup sesudah kewafatannya. Umat yang pelbagai ragam yang tidak pernah pun ketemu muka. Astaghfirullah, bagaimanakah kita sehingga terlalai dari mengingati Baginda? Suruhan dan larangan Baginda? Baginda adalah kekasih Allah, maka jika kita mencintainya kita juga dicintai Allah, insyaAllah.
Eh, siapa pula muslimin kedua tadi? Dialah lelaki yang ana cintai selepas Rasulullah SAW iaitu ayah ana sendiri. Jika ia adalah mungkin, bakal zauj ana nanti, ana harapkan sekurang-kurangnya ada sifat-sifat seperti ayah ana tadi.
Wallahu’alam.
What’s your plan?
Assalamualaikum everyone. You might wonder, what kind of plan that I’m talking about? You see, some people might say that you can’t think of dunia so much, focus on akhirat. But you see, Allah did remind us not to forget our dunia, while focusing on akhirat. Right?
So, it’s important for us, especially Muslims to plan our ‘dunia’ as a bridge to get a better ‘akhirat’.
As for me, I have planned quite a lot for my future. Though, still Allah is the best planner. I still leave it to Allah on what’s best for me. But, I will not just leave and tawakkal, with no effort at all. That’s why I plan.
So, currently I’m studying. Bachelor’s degree. InsyaAllah, I want to further for Master in Islamic History and Civilization in my dream University. Later, insyaAllah in PhD. But that, I haven’t plan on what to further on.
Money is quite important to me, as my friends and I have big plan for ummah. We plan to open up a Muslim Center, especially design for Muslims. We plan to teach Muslims, especially youngsters to develop skills in sword fighting, archery, swimming and horse riding. But of course, they also will be equipped with Islamic teachings. We plan to prepare them, mighty Islam soldiers like the four caliphs, Khalid al-Walid, Salahuddin al-Ayyubi, and others for the future war lead by al-Mahdi or Prophet Isa a.s. InsyaAllah, pray that we’ll succeed. Amin.
Marriage? It’s important, as I want to build a Baitul Muslim, insyaAllah. Hafiz and hafizah, with aim just for mardhotillah, instilled with true Quran and Sunnah teachings while still in diapers, young soldiers trained with battle skills, taqwa as primary weapon as caliph on Earth and Amir of the Ummah. InsyaAllah.
So, what’s your plan?
What have I done?
Assalamualaikum and good day everyone. I recently knocked conscious by the fact that we are in the final stages of this year. In a few days, insyaAllah we’ll be greeting a new year in the Islamic calendar.
As I sit around, I look back on the last few chapters of my life. The past. What I did, I saw, I heard and everything possible that can be done by my senses, my body. I question myself, what have I done? Have I done enough good deeds? Or have I done sins unimaginably enormous that they weigh more than my deeds? Astagfirullah. Nauzubillah. I seek forgiveness from Allah and I take cover from Allah from all my sins.
I always try to remind myself that everything that happen is because Allah let it to happen. Allah’s testing His servants every minute of his/her life with what they are capable of. So, don’t worry of not being able to bear the tests Allah has prepared for us. Cause we can manage it!
Everything that is created or happen must be for a reason. As Allah never create something for nothing or no meaning at all. I remembered once my mu’allim told me that occasionally, Allah will do something that our minds won’t be able to explain it, yet, it shows the Mightiness and Greatness of Allah that can do whatever He wants. However, the normal order in life is, everything happens for a reason and has explanation.
My good friend also once told me that we have to bear and be patient so that we get one out of two rewards or who knows, maybe both in the end of our mishap. If we are sincere, willing to accept and be patient on the obstacles we face, insyaAllah, we’ll be forgiven of our past sins or we we’ll be uplifted to a much higher and better level on Allah’s side. Mashaallah. Higher level means much closer we are to a greater paradise, much closer we are to Prophet Muhammad SAW and much closer we are to Allah The Almighty. Who doesn’t want his/her sins forgiven just like that? Or who doesn’t want to be given a higher place then?
Wallahu’alam.
Beriman Kepada Perkara Ghaib
Assalamualaikum semua. Ana harap antum semua sihat. Alhamdulillah, Allah izinkan ana meluahkan sedikit luahan hati ana pada hari ini.
Baiklah, ana nak tanya. Apa tu perkara ghaib? Perkara ghaib tu termasuklah malaikat, kisah para nabi, hari akhirat, syurga dan neraka, jin, syaitan, arasy dan sebagainya. Banyak lagi perkara ghaib lain yang diceritakan di dalam al-Quran dan hadith-hadith yang mana kita tak nampak, tak pernah nampak, dengar, rasa dan sebagainya. Tetapi kita wajib beriman kepadanya yakni, percaya akan kewujudannya. Kerana ianya tercatat dalam Quran dan hadith-hadith.
Hmm.. Ana bawakan isu ni kerana ingin sangat meluahkan isi hati ana berkaitan dengan salah satu perkara ghaib ni, iaitu jin dan syaitan. Ana sendiri tak pernah nampak sendiri jin mahupun syaitan walaupun pernah sekali-sekala perasan macam nampak sesuatu (mungkin perasaan je). Tapi ana percaya kewujudannya. Ana pernah berhadapan dengan situasi di mana, ana melihat orang lain dirasuk dan sebagainya.
Ana masih ingat lagi, kali pertama dan orang pertama yang ana saksikan adalah jaddati ana. Kalau tak silap ana, umur ana 15 tahun masa tu. Memang wujud juga perasaan gerun tu. Yela, bayangkan, first time kita witness perkara yang macam tu. Ana pulak masa tu, bukanlah seorang yang banyak amalnya atau ilmu agamanya. Rasa-rasanya, masa tu, jarang-jarang sekali ana baca al-Quran. Jadi, masa tu ana panik juga, risaukan diri sendiri. Takut terkena juga (kononnya).
Tapi, alhamdulillah, segala puji bagi Allah, ada macam suatu kekuatan yang hadir dalam diri ana untuk lindugi dan bantu jaddati ana. Somehow, I became protective. Ana memang marah pada makhluk tu sebab kacau jaddati ana, sedangkan dia orang yang sangat baik. Solehah. Solat malam tak pernah tinggal. Orangnya lembut saja. Tak pernah nak menengking.
So, sejak hari tu, ana pasang satu CD al-Quran ni sebagai ‘precaution step’ sebab ana nak baca pun, tak berapa lancar sangat. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, ana orang yang senang menghafal terutamanya melalui pendengaran. Jadi, ana pun dapat hafal ayat-ayat al-Quran yang dibaca qari tu dengan cara bacaannya sekali. Ana menghafal dengan cara berlagu. (paling suka cara bacaan Yaasin nya). Sebelum tu, agak memalukan juga kalau ada majlis-majlis tahlil atau bacaan yaasin sebab bacaan ana tersekat-sekat dan tak lancar. Walhal umur ana waktu tu sepatutnya tak ada masalah untuk membaca al-Quran.
Bayangkan, umur ana 17 tahun pun ana belum khatam al-Quran lagi. Kalau tak silap ana, al-kabir ukhti ana saja yang dah khatam. Kami sambung mengaji al-Quran sejak pindah dari JB. Tapi ana tak sempat nak khatam sebab kami pindah ke rumah baru (kalau tak silap). Ana pula tiada inisiatif sendiri untuk khatam Quran.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pengajian ana di Kolej Matrikulasi Melaka menjadi ‘turning point’ dalam hidup ana. Semasa sesi pengajian ana, subhanallah, Maha Suci Allah, amir-amir kami hebat-hebat belaka. Kebanyakkannya kalau tidak dulu bersekolah agama, kelulusan tahfiz, atau mempunyai ‘background Islamik’, keluarga Islamik, sekolah pondok dan sebagainya. Jadinya, amir dan amirah ana boleh ana katakan mujahid dan mujahidah yang sejati. Bi’ah yang solehah meresapi segenap pelusuk bumi KMM. Dan seingat ana, di bumi KMM lah ana dapat khatam al-Quran. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Dari KMM, ana kenal kepada seorang akhowat ni yang ana sangat kagum dengannya (ramai akhowat yang ana kagum termasuk dari barisan MPP dan NTP). Tapi, masa tu, ana hanya kenal dia dari jauh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Allah telah menetapkan yang kami akan bertemu lagi di alam universiti. Bukan sahaja di universiti yang sama, bahkan berada di kolej yang sama. Subhanallah, Maha Suci Allah, Allahuakbar, Allah Maha Besar dengan segala sifat kesempurnaanNya dan segala perancangannya yang sempurna.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kami berkawan rapat. Walaupun kami bukanlah dari course yang sama, kami mudah rapat. Sehinggakan sahabat kami dari course masing-masing ada yang cemburu dengan persahabatan kami. Hmm.. Mungkin juga keakraban kami tu disebabkan oleh faktor kami lahir pada bulan yang sama, jadi mungkin saja sifat-sifat kami sama. Wallahu’alam.
Tapi, ana yakin, pengikat yang sebenar adalah tali Allah yakni agama suci kami Islam. Sahabat ana tu adalah murobbiah ana yang pertama setelah ana mula mengambil Islam dari perspektif yang berbeza. Dulu, mungkin ana cuma pandang Islam sebagai satu ‘adat’ atau.. Hm.. Ana pun tak pasti. Tapi, ana tidak mengamalkannya secara keseluruhan. Astagfirullah, aku mohon keampunanMu ya Allah. Secara langsung atau tidak langsung, sahabat ana telah guide ana dan mendidik ana sepanjang kehidupan kami bersama. Gelarannya adalah Srikandi ‘Umar kerana terkenal dalam ketegasannya dalam perkara-perkara yang berkaitan agama Islam terutamanya hukum. Orangnya berani, tidak takut orang membenci kepadanya kerana dia tahu, apa yang ditegurnya itu berasas, dan bertempat.
Mungkin ramai yang kurang senang dengan cara ‘approach’ nya dalam menegur. Ada yang kata, cara yang dia gunakan tidak berhikmah. Walhal, pada pandangan ana sendiri, cara yang dia gunakan adalah bertepatan dengan syarak. Tiada silapnya, insyaAllah. Bagi ana, mereka yang berkata sebegitu hanyalah kerana mahu menutup malu kerana perbuatan maksiat mereka ditegur, terutamanya jika yang ditegur itu adalah lebih tua dari kami. Sahabat-sahabat sekalian, kita ni sepatutnya berterima kasih dengan orang yang nak tegur kita ni, kerana dari situ kita boleh ubah kesilapan yang kita lakukan mungkin secara sedar ataupun tidak. Berhikmah bukan bermaksud berlembut. Berhikmah maksudnya menggunakan kebijaksanaan dalam menyampaikan sesuatu mengikut kemampuan akal orang yang disampaikan.
Bagi ana, kalau tiada orang yang semacam sahabat ana tu, maksiat akan terus bermaharajalela, tanpa ada yang menegur. Tanpa ketegasan Sayidina‘Umar, Islam barangkali akan terus diinjak-injak, kaum kafir akan terus menyakiti Rasulullah SAW. Para ‘alimin tutup telinga, pandang sebelah mata saja, tanpa mahu menegur kerana risaukan periuk nasi sendiri. Kelemahan iman mengatasi segala-galanya. Astagfirullah, aku mohon keampunanMu ya Allah. Teguran untuk diri ana juga.
Mungkin disebabkan berbagai-bagai kelebihan yang diberikan Allah kepada sahabat ana ni, ada makhluk-makhluk Allah yang iri hati. Wallahu’alam. Hidupnya tak gersang dari tohmahan, fitnah dan berbagai ujian yang acapkali singgah dalam diari hidupnya. Pandangan orang lain mungkin berbeza dengan pandangan peribadi ana. Orang lain mungkin kata yang segala bentuk ujian tu disebabkan maksiat yang dia lakukan, dia tidak ikhlas dan mahu menunjuk-nunjuk kehebatan dirinya, dia mahu menarik perhatian dan sebagainya. Ya, memang ujian yang Allah berikan kepada kita kadang-kadang merupakan kaffarah dosa kita, tapi ia juga sebagai peningkatan martabat atau darjat kita di sisi Allah ke tahap yang lebih tinggi, subhanallah, Maha Suci Allah, andai kita sabar dan redha.
Bagi ana, segala ujian Allah kepadanya yang sangat berat tu, adalah tanda kasih dan betapa cintanya Allah kepadanya. Ujian yang berat dan hebat untuk orang yang hebat juga. Biiznillah, dengan izin Allah. Selak saja kitab-kitab sirah hatta helaian al-Quran sendiri, kita dapat lihat betapa hebatnya ujian kepada para anbiya’ dan orang-orang mukmin yang hebat.
bersambung…












